Menyedari kaum lelaki dewasa ini semakin menjaga penampilan dan kesihatan, sebuah spa khas untuk lelaki di buka di Seksyen 7, Shah Alam.
Musclemen Spa merupakan cetusan idea dua sekawan Muhammad Ridzuan b Shariffudin (One) dan Jaspal Singh al Ajaib Singh (Jaspal).
Ilham untuk membuka Musclemen Spa ini timbul apabila kedua mereka yang merupakan ‘kaki gym’ tertanya-tanya mengapa spa untuk lelaki kurang dibuka di kawasan kawasan Lembah Kelang.
Sedangkan kedua mereka yakin, permintaan untuk spa lelaki adalah tinggi namun penawaran spa ini terlalu kurang.
Setelah melakukan penyelidikan lebih kurang setahun, One dan Jaspal sebulat suara membuka spa dengan modal yang sederhana namun mampu memberikan kepuasan dan keselesaan kepada para pengunjung.
Spa ini menawarkan lima (5) jenis servis kepada para pelanggan. Servis pertama ketrampilan yang menawarkan waxing, Classic Muscular Pedicure dan Classic Muscular Manicure.
Seterusnya servis urutan dengan tawaran manhood massage, Balinese massage, Traditional Massage, Aromatherapy Massage dan Sports Massage.
Servis ketiga adalah rawatan badan. Antara yang ditawarkan Bekam Sunnah, Muscular Milk Bath, Brightening Body Mask, Muscular Body Mask, Moisturizing & Warming Body Scrub, Brightening Body Scrub dan Pure Nature Detox Muscular Scrub.
Servis keempat pula rawatan muka yang menawarkan Rejuvenating Enzymatic Facial, Revitilazing Flawless Facial dan Muscular Deep Cleanse Purifying Facial.
Servis terakhir adalah Signature Service. Servis ini merupakan kelainan bagi pengunjung ke Muscleman Spa. Berdasarkan pemerhatian, hanya Musclemen Spa yang menawarkan servis ini. Ia merangkumi Muscular Wax, Black Ice Cube Peel Off Mask, Muscular Ice Treatment, Fat Loss Treatment, Muscle Recovery & Muscle Growth Massage dan Vichy Shower.
Selain itu beberapa pakej dengan harga istimewa turut disediakan.
Spa ini menawarkan harga mampu milik serendah RM28 sehingga RM388 mengikut servis dan pakej.
One selaku pengarah berharap agar Musclemen Spa mendapat perhatian dari kaum adam yang selama ini mencari-cari spa untuk lelaki.
Dalam pada itu One turut menjelaskan spa untuk lelaki bukan sahaja untuk menjaga penampilan semata-mata, malahan spa ini juga untuk mereka yang mementingkan kesihatan.
“Kami yakin dengan servis kami. Selain servis untuk penampilan kami juga menawarkan servis untuk penjagaan kesihatan bagi lelaki”
“Semua tenaga kerja kami berkualiti tinggi dan terlatih dalam bidang masing-masing. Maka jangan risau kerana apa yang kami tawarkan berbaloi dengan wang yang anda laburkan,” jelas One.
Dalam pada itu Jaspal pula berharap agar orang ramai datang mencuba terlebih dahulu servis dari Musclemen Spa kerana apa yang ditawarkan adalah keperluan lelaki masa kini dalam menjalani kehidupan yang sihat dan berketrampilan
Maklumat lanjut sila layari http://musclemenspa.com/
Sumber: https://www.jomkitalari.com/one-forteen-buka-musclemen-spa-khas-buat-lelaki/