We create a better Man

Keterampilan

Waxing merupakan proses pencabutan bulu-bulu badan yang tidak diingini hingga ke akar rambut. Musclemen Spa menawarkan perkhidmatan waxing untuk menanggalkan bulu yang tumbuh di bahagian ketiak, kaki, tangan, punggung, perut, wajah, dada, bahu, bahagian belakang badan serta dibahagian sulit lelaki.

Keindahan dan kebersihan kuku kaki harus dijaga. Pedicure merupakan rawatan kecantikan serta kebersihan untuk kuku kaki.

Keindahan dan kebersihan kuku tangan harus dijaga. Manicure merupakan rawatan kecantikan serta kebersihan untuk kuku tangan .  Rawatan ini dapat melindungi kuku tangan dari bahan kimia yag boleh menyebabkan gangguan serta kerosakan kuku.

Massage

Muscular manhood massage merupakan kaedah urut  saraf alat kelamin lelaki untuk mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh kaum lelaki. Punca utama masalah lelaki di Malaysia ini ialah berpunca dari pemakanan yang mengandungi unsur angin dan juga masalah onani.  Kaedah urut batin lebih menumpukan proses pembuangan angin pada saraf alat kelamin supaya darah kembali berjalan dengan lancar. Urut Batin mempunyai banyak faedahnya.  Diantaranya adalah untuk membesarkan dan memanjangkan zakar serta mengubati tanda – tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin . Ia juga dapat membantu meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar supaya zakar lebih tegak dan galak, condong keatas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan lebih garang. Ia juga mampu mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang.

Keistimewaan Balinese Massage di Musclemen  Spa  dapat membantu memecahkan gelumbung angin di dalam badan, melegakan dan merehatkan diri daripada tekanan serta menaikan seri wajah. Ia berupaya merehatkan minda, ketegangan anggota badan dan membolehkan tidur malam anda lebih lena dan nyaman.

Signature Massage di Musclemen Spa dapat membantu memperbaiki pengaliran darah, membetulkan urat yang tersimpul dan terseliuh serta memecahkan ketulan darah batu yang boleh memudaratkan.  Urutan ini dapat membantu menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja atau masalah peribadi.

Urutan Aromatherapy di Musclemen Spa dapat membantu menyingkirkan lebihan toksin dalam badan, mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah serta melancarkan sistem pencernaan badan. Ia juga mampu menyimbangkan minda, rohani dan jasmani serta mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental.

Sports Massage di Musclemen Spa dapat membantu serta mempercepatkan proses perkembangan otot/muscle, mengurangkan kepenatan, ketegangan dan kesakitan otot /muscle . Sports Massage dapat memperbaiki pergerakan sendi dan merehatkan otot-otot yang selama ini mengalami ketegangan .

Rawatan Badan

Antara Kebaikan rawatan Muscular Milk Bath di Musclemen Spa:

  1. Melembapkan serta menghaluskan kulit.
  2. Mencerahkan warna kulit
  3. Terapi untuk menghilangkan tekanan
  4. Menganjalkan kulit
  5. Menanggalkan sel kulit yang mati serta mengurangkan kedutan kulit badan.

Antara kebaikan rawatan Muscular Herbal Bath di Musclemen Spa :

  1. Menyegarkan kembali badan
  2. Mengatasi masalah kebas badan dengan melancarkan peredaran darah, membuang angin serta melembutkan urat saraf.
  3. Menaikkan aura positif dan seri wajah
  4. Membantu menghilangkan bau badan.
  5. Sangat sesuai bagi yang bakal ke jinjang pelamin sebagai Raja Sehari.

Rawatan ini dapat membantu mencerahkan kulit secara semulajadi, membantu mengurangkan selulit yang ketara pada kulit dan membantu mencegah radikal bebas dan melambatkan proses penuaan kulit. Brightening Body Mask juga dapat membantu serta menjadikan kulit lebih cantik halus, gebu dan cerah. Ia juga mampu mengurangkan bau badan serta peluh yang berbau.

Muscular Body Mask dapat membantu membersihkan, menghaluskan , mencerahkan serta melembapkan kulit. Rawatan ini dapat mengatasi masalah jerawat, tanda- tanda penuaan, masalah pengulapasan sel-sel kulit mati dan melindungi kulit daripada sinar UV matahari.

Moisturizing & Warming Body Scrub dapat membantu menghaluskan kulit, menanggalkan sel kulit mati, membuang toksin dalam badan dan menghilangkan bau badan serta mengurangkan kulit berminyak. Rawatan ini dapat menutrisi kulit supaya kulit nampak lebih sihat dan segar .

Racun yang terdapat pada badan dapat merosakkan kulit yang mengakibatkan kulit nampak lebih kusam, tidak bermaya dan menyebabkan kulit badan nampak lebih tua. Dengan mengunakan rawatan Brightening Body Scrub, kulit badan anda akan kembali lebih bersinar, nampak lebih muda serta dapat mencerahkan kulit badan. Rawatan ini juga membantu membuka pori-pori kulit untuk mendapatkan oksigen.

Pure Nature Detox Muscular Scrub mampu mencegah penuaan awal, menghilangkan flex, menanggalkan sel-sel kulit mati yang lama, membuang toksin serta kotoran atau daki yang degil melekat di kulit. Rawatan ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat di badan.

Rawatan Muka

Rejuvenating Enzymatic Facial membantu mengatasi masalah kulit jeragat dan kusam. Rawatan ini dapat mengurangkan kulit yang tidak sekata atau pigmentasi kasar serta mengurangkan lingkaran hitam sekitar mata. Rawatan ini juga sangat sesuai untuk mencerahkan warna kulit serta menyegarkan wajah.

Revitalizing Flawless Facial membantu meningkatkan keanjalan serta mengembalikan  dan mengimbangi sel-sel kulit. Ia juga membantu merawat tekstur kulit supaya kulit nampak lebih sihat , segar dan 'flawless'. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Muscular Deep Cleanse Purifying Facial merupakan pembersihan muka yang di reka khas untuk pembersihan kulit mengunakan produk organik yang kaya dengan antioksidan yang dapat membaiki serta memulihkan semula kulit yang rosak, mengelupas serta memperbaiki dan menjana semula  sel-sel kulit yang mati akibat sinaran matahari serta radikal bebas. Ia membantu meningkatkan keanjalan kulit serta tampak lebih muda.

Signature Service

Muscular wax merupakan proses pencabutan bulu badan menggunakan produk signature Musclemen Spa. Muscular Wax adalah proses pencabutan/pembuangan bulu tanpa rasa sakit.

Black Ice Cube Peel Off Mask merupakan rawatan signature yang hanya terdapat di Musclemen Spa. Rawatan ini merupakan rawatan untuk membantu menghilangkan blackhead,whitehead,bekas jerawat dan menjadikan wajah nampak lebih putih,cerah dan gebu .Ia juga dapat membantu mengurangkan kekotoran diwajah, mengecilkan pori pori wajah, mengurangkan kedutan,anti penuaan dan mencerahkan wajah. Black Ice Cube Peel Off Mask merupakan mask yang mengandungi collagen, elemen mineral laut dalam, serta kandungan nutrisi yang paling lengkap. Kelebihan mask ini juga dapat membuang semua toksin yang terdapat pada sel kulit,membantu mengurangkan masalah jerawat dan membantu mengurangkan lingkaran hitam pada mata dan masalah kantung mata.

Muscular Ice Treatment merupakan rawatan signature yang hanya terdapat di Musclemen spa. Ice treatment di Musclemen Spa dapat membantu merawat serta mengurangkan kesan daripada kecederaan otot yang baru seperti melegakan kekejangan/ketegangan otot dan tisu bagi mempercepatkan proses pemulihan.  Ia juga dapat membantu mengurangkan kesan lebam dan bengkak disamping mengurangkan radang dan mengurangan sensitiviti pada hujung hujung saraf dibahagian yang tercedera. Rawatan ini sebaiknya dilakukan sebaik mengalami kecederaan atau dalam tempoh 48-72 jam selepas kecederaan.

Prinsip utama dalam rawatan Musclemen Fat Loss Treatment adalah mendetoksifikasi badan , menenangkan minda dan yang paling penting membakar kalori, serta merendahkan lemak di badan. Rawatan ini merupakan rawatan istimewa yang hanya terdapat di Musclemen Spa yang dapat membantu membakar hampir  500 – 700 kalori dalam satu sesi rawatan.  

Muscle recovery/Muscle growth massage merupakan rawatan signature Musclemen Spa. Ia dapat membantu :  

  1. Mempercepatkan proses regenerasi /pemulihan otot atau muscle
  2. Membantu pengaliran darah ke otot/muscle dengan lebih berkesan.
  3. Memperbaiki fleksibiliti otot/muscle.
  4. Mempercepatkan proses pemulihan kecedaran dan proses rehabilitasi otot /muscle.
  5. Mengurangkan potensi kecederaan otot /muscle serta menguatkan otot /muscle yang lemah ( Muscle Soreness).
  6. Memperbaiki proses relaksasi otot dan membantu proses perkembangan otot yang baru dengan lebih cepat.
 

Musclemen Spa merupakan spa pertama di Malaysia yang menawarkan Rawatan Vichy Shower. Vichy shower merupakan sejenis rawatan yang mengunakan teknik rawatan air. Banyak manfaat yg boleh diperolehi dengan mengunakan teknik rawatan air. Diantaranya adalah :  

  1. Membantu mencegah selesema/demam
  2. Meningkatkan sistem imunisasi badan
  3. Memperbaiki fleksibiliti otot/muscle.
  4. Memperbaiki sistem peredaran darah dan melembutkan otot.
  5. Untuk tujuan relaxation dan membantu melegakan kesakitan otot/muscle serta membantu menguatkan otot/muscle.
  6. Mempercepatkan proses pemulihan otot/muscle ( Muscle Recovery Process)
  7. Menyembuhkan kelelahan
  8. Membantu mengurangkan keradangan kulit dan masalah kulit
  9. Membantu proses perkembangan otot dengan lebih cepat